Duti Eksais merupakan cukai yang dikenakan ke atas barang2 tertentu yang diimport ke Malaysia @ dikilangkan di Malaysia. Barang yang berduti Eksais adalah, Minuman Keras, Rokok (tembakau) & Kenderaan Bermotor
Cukai ini menyumbang sabahagian hasil kepada kerajaan Pusat, Disamping memberi hasil sumber kepada kewangan kepada kerajaan Pusat, Penjualan barang2 seperti Arak dan Rokok dapat dipantau oleh kerajaan dengan adanya lesen Eksais.
Rokok walaupun telah difatwakan sebagai haram Oleh Majlis Fatwa Kebangsaan, namun ia tidak dapat dihentikan penjualannya secara terus kerana faktor ketagihan perokok yang memungkinkan kemarahan pengguna dan kerana sumbangan hasil cukai rokok juga sebenarnya memberi kelebihan kepada kerajaan pusat,
Kemunculan Rokok E-Cigarette telah menyebabkan isu yang mungkin boleh dianggap sebagai kelakar, Penggunaan rokok jenis ini dianggap sebagai merbahaya dan mempunyai kesan sampingan berdasarkan fakta yang keluarkan oleh kementerian kesihatan,(melalui Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai). Namun kenyataan ini berbeza berbeza dengan apa yang dijelaskan oleh British American Tobacco yang menjelaskan rokok e-cigarette sebenarnya adalah selamat. Click here
Di England, pengguna disarankan supaya menggunakan rokok E-Cigarette kerana lebih baik dan selamat daripada rokok tembakau kerana perokok hanya menghisap wap air berbanding menghisap asap tembakau. Dan ianya langsung tiada bahan-bahan seperti rokok biasa yang ada macam-macam bahan kimia, racun, nikotin yang berlebihan, tar dan sebagainya.
Sumber: http://agendasemasa.com/