Liputan subjek antaranya membincangkan tentang Prasejarah Malaysia, sejarah Melaka dan penjajahan, zaman kemerdekaan, pembentukan Malaysia, sistem dan struktur pentadbiran Negara, sistem demokrasi Malaysia, Perlembagaan, dasar-dasar utama, isu sosial dan politik Malaysia.
Tujuan belajar pengajian Malaysia antara fokus utamanya supaya setiap warga memahami sejarah bangsa dan negara agar warisan bangsa terus dipertahankan. Sejarah negara harus dipelajari dan didalami oleh setiap warga supaya mereka sentiasa mempertahankan dan menyumbang kepada pembangunan negara yang tercinta.