Saturday, October 6, 2012

Kaum Sikh

Perkataan Sikh asalnya bahasa Punjabi yang diambil daripada bahasa Sanskrit iaitu Sishya bermaksud pengikut atau penganut. Di Malaysia, majoriti penganut Sikh berketurunan Punjabi, Ipoh menjadi titik tolak perkembangan Sikh di Malaysia terutama dengan penubuhan sebuah pertubuhan kaum Sikh tertua,

Apa kaitan mereka dengan Benggali? Penghijrahan mereka ke Tanah Melayu ketika itu dengan menaiki kapal dari sebuah pelabuhan di Bangla, India sekali gus semua yang datang dari lokasi itu digelar Benggali.

zmasyarakat sikh mudah untuk dikenali berdasarkan wajah kerana mereka mempunyai kulit cerah sedikit berbanding mereka dari selatan India. Paling mudah untuk mengecam mereka ialah melalui identiti pakaian iaitu serban untuk lelaki dan pakaian Punjabi
Sikh ini sebenarnya mempunyai pegangan sangat kuat dan perlu dipatuhi terutama membabitkan lima K iaitu Kes (rambut tidak dipotong), Kirpan (pisau seperti sabit), Kara (gelang besi), Kanga (sikat) dan Kachhera (seluar pendek seperti cawat). Jika satu daripada 5 perkara itu tidak dipatuhi, penganut Sikh itu boleh dikatakan ‘murtad’ atau terkeluar daripada agamanya.

Hari Vesakhi adalah hari perayaan orang-orang Sikh. Ia dirayakan pada 13hb April tiap-tiap tahun bagi mengingati hari agama hari agama Sikh diasaskan. Ia juga merupakan hari tahun baru bagi masyarakat Sikh. Bagi kebanyakan lelaki Sikh, mereka menggunakan hujung nama Singh manakala wanita pula menggunakan Kaur.


Agama Sikh ini diasaskan oleh Guru Nanak . Kitab agama mereka diberi nama "Granth Sahib".