Sunday, January 1, 2012

Tanah Rizab Melayu

Mana-mana kawasan yang telah diisytiharkan sebagai Rizab Melayu hendaklah kekal sebagai Rizab Melayu melainkan ianya diisytiharkan dan diwartakan sebagai batal oleh pihak yang berkenaan. Tanah Rizab melayu - hanya boleh dijual pada orang melayu sahaja. Pindaan Kanun Tanah Negara pada tahun 1992, memberi peluang kepada kerajaan-kerajaan negeri mengambil tanah-tanah rezab Melayu dengan alasan untuk pembangunan. Ini menjadi punca rizab tanah Melayu semakin berkurang.

Syarat-syarat Pengisytiharan
Tanah yang belum dimajukan sahaja yang boleh diisytiharkan sebagai kawasan Rizab Melayu.Jika mana-mana kawasan Rizab Melayu itu dibatalkan, tanah lain yang sama luasnya hendaklah serta merta diisytiharkan sebagai ganti. Mana-mana tanah yang dimiliki atau diduduki oleh orang bukan Melayu, atau orang bukan Melayu mempunyai hak atau kepentingan, tidak boleh diisytiharkan sebagai Rizab Melayu. Contoh: Dibawah Enakmen Rizab Melayu Terengganu pula hanya tanah bandar atau tanah pekan sahaja yang boleh diisytiharkan sebagai Rizab Melayu. [Lihat tafsiran (d) ‘Malay Holding’]

KELANTAN dikatakan negeri paling ketat di Malaysia menguatkuasakan undang-undang tanah dalam usaha melindunginya daripada terlepas kepada pihak luar iaitu melalui penubuhan Enakmen Tanah Negeri Kelantan 1930. Ia sekali gus menjadikan Kelantan negeri paling banyak mempunyai tanah rizab Melayu di negara ini iaitu kira-kira 95 peratus daripada keseluruhan 1,492,200 hektar keluasan negeri itu.

Sumber,
Sumber2