Monday, April 22, 2013

Kementerian, Jabatan & Badan Berkanun

Kementerian merupakan organisasi yang diwujudkan bagi menggubal dasar, merancang program dan melaksanakannya di bawah arahan dasar seorang menteri. Contoh Kementerian adalah seperti, kementerian Pertahanan, kementerian Pelancongan, Kementerian belia dan Sukan,
Jabatan adalah agensi pelaksana bagi sebuah kementerian atau pentadbiran negeri. Tugas jabatan tertakluk di bawah objektif dan dasar kementerian atau pentadbiran negeri, di mana ia diletakkan. Contoh Jabatan adalah Jabatan Audit Negara, Jabatan Peguam Negara dan Jabatan Arkib Negara. 


Perbadanan Awam merupakan agensi separa kerajaan yang membolehkan kerajaan terlibat terus dalam bidang pembangunan sosio-ekonomi negara dimana bidang tersebut kurang diceburi oleh sektor swasta disebabkan faktor modal besar & kurang pulangan. Ia bebas daripada peraturan pentadbiran kerajaan yang biasa dan ini menjadikan ia dapat bergerak pantas seperti syarikat swasta lain. Contoh Perbadanan Awam adalah seperti Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (FINAS) & Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
Badan Berkanun merupakan agensi separuh kerajaan yang ditubuhkan dibawah akta Parlimen & Enakmen Negeri. Contoh badan berkanun adalah seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA), Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)

Badan Tidak Berkanun merupakan syarikat yang ditubuhkan di bawah  Akta Syarikat 1965. Badan ini bergerak seperti syarikat perniagaan biasa tetapi dimiliki oleh kerajaan. Ia juga boleh menubuhkan anak Syarikat di bawahnya. Contohnya PETRONAS, dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd SYABAS.