Wednesday, June 6, 2012

Tempat Menarik Di Malaysia

Negeri-Negeri di Malaysia


Kuala Lumpur

Kuala Lumpur turut menawarkan destinasi pelancongan yang menarik seperti Taman Burung, Taman Rama-rama, Pasar Seni, Chinatown, Taman Bunga Raya, Istana Negara, Kompleks Budaya Kraf, Taman Tasik, Dataran Merdeka, Menara Kuala Lumpur, Tugu Negara, Masjid Negara, Muzium Negara, Pusat Sains Negara, Kompleks Sukan Negara, Istana Budaya, Zoo Negara, Taman Orkid, Planetarium Negara, Rumah Penghulu Abu Seman, Bangunan Sultan Abdul Samad, Balai Seni Lukis Negara dan Pusat Kraf.


Labuan

Labuan turut terkenal dengan pelabuhan yang besar dan dalam dan pesisiran pantai yang berpasir putih dengan air yang jernih sehingga membolehkan pengunjungnya melihat kehidupan karang laut. Menyelam `skuba' merupakan aktiviti pelancongan yang penting di sini.


Putrajaya

Putrajaya menawarkan tempat-tempat menarik untuk dilawati seperti Bangunan Seri Perdana, Perdana Putra, Masjid Putra, istana Melawati, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Dataran Putra, Tugu Milennium, Boulevard Putrajaya, Taman Botani, Taman Warisan Pertanian, Taman Wetland, Cruise Tasik Putrajaya dan Alamanda.

Taman Botani merupakan yang terbesar di Putrajaya iaitu meliputi 92 hektar. Taman ini menawarkan ketenangan semula jadi dengan 700 spesis tumbuhan tempatan dan dari 90 buah negara termasuk Afrika dan Asia Pasifik. Taman Wetland pula merangkumi kawasan seluas 162 hektar yang menempatkan Pusat Panghayatan Alam, Menara Pandang Jauh, kawasan perkelahan, tapak semaian dan pelbagai spesis fauna dan flora.


Perlis

Perlis Indera Kayangan merupakan negeri yang terkecil di Malaysia.  Negeri kecil ini mempunyai "Tujuh Pesona" tersendiri yang menggamit kunjungan. Pesona tersebut ialah : panorama (Ladang Tebu Chuping), Empangan Timah Tasoh); Taman Ular dan Reptilia Perlis; Harumanis; makanan Perlis (Laksa Kuala Perlis, makanan laut); tarikan sempadan) Padang Besar, pasar Ahad Wang Kelian); seni suara burung (tekukur dan merbok); dan pengembaraan hutan (Taman Negeri, Gua Wang Burma).


Kedah

Kedah turut menawarkan destinasi pelancongan menarik seperti Pulau Payar, Air Terjun Puncak Janing, Air Terjun Sedim, Balai Besar, Balai Nobat, Balai Seni Negeri, Batu Hampar, Lata Mengkuang, Lembah Bujang, Masjid Zahir, Muzium Negeri, Muzium Padi, Pantai Merdeka, Tasik Pedu, Pekan Rabu, Perangin Sik, Rumah Kelahiran Tun Mahathir, Seri Perigi dan Makam Diraja.


Pulau Pinang

Antara destinasi pelancongan yang menarik ialah Pulau Aman, Pulau Jerjak, Batu Feringhi, Taman Burung, Taman Botani, Taman Orkid dan Taman Bunga Raya, Taman Rama-rama, Cheong Fatt Tze Mansion, Padang Kota Pulau Pinang, Menara Jam, Kuil Burma Dharmikarama, Kota Cornwallis, Gurney Drive, Masjid Kapitan Kling, Kuil Kek Lok Si, Khoo Kongsi, Komtar, Kuil Kuan Yin, Jambatan Pulau Pinang, Muzium Pulau Pinang, Rumah P.Ramlee, Kuil Ular, Gereja St George's, Dusun Buah-buahan Tropika, Wat Chayamangkalaram, Hutan Rekreasi Teluk Bahang dan Bukit Bendera.


Perak

Perak menawarkan destinasi pelancongan menarik seperti Lumut, Pulai Pangkor, Teluk Batik, Bukit Larut (Maxwell Hill), Muzium Darul Ridzuan, Muzium Geologi, Stesen Keretapi Ipoh, Istana Kellies, Kuala Gula, Air Terjun Lata Iskandar,  Lata Kinjang, Kompleks Sejarah Pasir Salak, Muzium Perak, Perak Tong, Projek Sungai Terrapin Bota Kanan, Muzium Diraja, Ladang Rusa Sungkai, Air Panas Tambun, Taman Tasik Taiping, Zoo Taiping, Menara Condong Teluk Intan, Tasik Temenggor dan Gula Tempurung.


Selangor 

Selangor menawarkan destinasi pelancongan seperti Taman Pertanian, Kelip-kelip Kampung Kuantan, Batu Caves, Pulau Carey, Galeri Shah Alam, Bangunan Bersejarah Jugra, Tugu Keris Kampung Kuantan, Kota Darul Ehsan, Mines Wonderland, Pantai Morib, Bagan Lalang, Zoo Negara, Pusat Orang Asli Gombak, Pulau Ketam, Tasik Shah Alam, Stadium Shah Alam, Hutan Rekreasi Sungai Congkak, Sungai Gabai, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Sunway Laggoon, Hutan Templer, Muzium Alam Shah, Muzium Orang Asli dan sebagainya.


Negeri Sembilan

Antara temapat pelancong yang menarik ialah Blue Lagoon, Cape Ra chado, Kompleks Kraf Negeri Sembilan, Lukut, Kempas, Kolam Air Panas Pedas, Port Dickson, Muzium Negeri, Bangunan Sekretariat Negeri, Istana Menanti, Taman Tasik Seremban dan Taman Rekreasi Ulu Bendul.


Melaka

Melaka menawaran destinasi pelancongan menarik seperti Pulau Besar, Pulau Upeh, Kota A Famosa, Taman Tema Air A Famosa, Air keroh, Bukit China, Kuil Cheng Hoon Teng, Gereja Christ, Gadek Hot Spring, Makam Hang Jebat, Perigi Hang Li Poh, makam Hang Tuah, Jonker Street, Masjid Kampong Kling, Muzium Maritim, Istana Kesultanan Melaka, Tugu Portugis, Dataran Merdeka Air Keroh, Gereja St. Francis Xavier's, Gereja St Paul's, Kebudayaan Baba dan Nyonya, The Stadhuys, Seri Tanjong Homestay dan Masjid Tanah.


Johor

Johor menawarkan destinasi pelancongan menarik termasuklah pesisiran pantai yang luas dan sekurang-kurangnya 50 buah pulau yang terkenal ialah Pulau Rawa, Pulau Sibu, Pulau Aur, Pulau Besar dan Pulau Pemanggil. Tidak ketinggalan Taman Endau-Rompin juga Pulau Kukup.


Pahang

Antara destinasi pelancongan yang terdapat di Pahang ialah Pantai Cherating, Teluk Chempedak,Pantyai Beserah, Cameron Highlads, Genting Highlands, Bukit Fraser Rimba Kenong dan Endau-Rompin.


Terengganu

Terengganu Darul Iman mempunyai keluasan meliputi 12,955 kilometer persegi dan terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Di bahagian utara dan barat lautnya bersempadan dengan Kelantan manakala, di bahagian selatan dan barat daya pula bersempadan dengan Pahang. Ibu negeri dan Bandar Diraja ialah Kuala Terengganu. Terengganu terbahagi kepada 8 Kawasan Parlimen, 32 Kawasan Dewan Undangan Negeri dan 7 Daerah iaitu Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Marang, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman. Warna putih melambangkan Sultan. Anak bulan dan bintang melambangkan Agama Islam. Populasi penduduknya adalah kira-kira seramai 1.5 juta orang.


Kelantan

Kelantan Darul Naim mempunyai keluasan meliputi 14,922 kilometer persegi yang terletak di timur laut Semenanjung Malaysia, berhadapan dengan Laut China Selatan, dan bersempadan dengan Thailand. Ibu negeri dan Bandar Diraja ialah Kota Baharu. Kelantan mempunyai 14 Kawasan Parlimen, 45 Kawasan Dewan Undangan Negeri dan terbahagi kepada 10 Daerah iaitu Tumpat, Pasir Mas, Tanah Merah, Jeli, Kuala Krai, Machang, Pasir Putih, Bachok, Kota Bharu dan Gua Musang. Bandar-bandar yang lain ialah Rantau Panjang dan Pangkalan Chepa.


Sabah

Sabah, negeri yang kedua terbesar di Malaysia, terletak di utara pulau Borneo, pulau ketiga terbesar di dunia. Sabah meliputi kawasan seluas 72,500 kilometer persegi dengan pantai sepanjang 1,440 kilometer dengan Laut Cina Selatan terletak di pantai barat, Laut Sulu di sebelah timur laut dan Laut Celebes di sebelah selatan. Sabah juga dikenali sebagai Negeri Di Bawah Bayu . Gelaran ini diberi disebabkan kedudukan Negeri Sabah yang berada di bahagian luar dan selatan zon ribut.


Sarawak

Negeri Sarawak atau juga dikenali sebagai Sarawak Bumi Kenyalang merupakan negeri yang terbesar di Malaysia yang mempunyai keluasan kira-kira 131,598 kilometer persegi dan terletak di Malaysia Timur di pulau Borneo. Ibu negerinya ialah Kuching. Sungai Rajang merupakan sungai yang terpanjang di Malaysia terdapat di negeri ini. Sarawak mempunyai 31 Kawasan Parlimen, 71 Kawasan Dewan Undangan Negeri dan 11 Bahagian meliputi 28 Daerah iaitu Kuching, Sri Aman, Sibu, Miri, Sarikei, Limbang, Kapit, Bintulu, Kota Samarahan, Mukah dan Betong.