Sunday, August 26, 2012

Kereta api paling laju

 Jepun merupakan peneraju dalam teknologi kereta api kelajuan tinggi. Rekod dunia buat masa ini dipegang oleh kereta api milik jepun dengan kelajuan 581km sejam. Kereta api ini diberikan gelaran sebagai Kereta api Maglev (magnetic levitation) kerana pergerakannya menggunakan daya elektromagnet.


Kereta api ini sebenarnya terapung dan tidak menggunakan roda untuk bergerak di atas landasannya.   Daya apungan magnet membuatkannya tidak bergeser dengan landasan dan menjadikannya lebih senyap.

Tanpa halangan dari geselan landasan kereta api ini bergerak  tanpa halangan sehingga mencapai kelajuan sangat tinggi sehingga memegang rekod sebagai kereta api paling laju di dunia. kereta api ini menjadi pemegang rekod kereta api paling laju pada tahun 2003 di Jepun.