Sunday, January 1, 2012

Perjanjian London

Rundingan London telah berlangsung selama tiga minggu di London iaitu dari 18 Jan hingga 8 feb 1956. Perjanjian London diwujudkan atas persetujuan bersama. antara perkara yang dipersetujui:

Tarikh Kemerdekaan pada 31 Ogos 1957
Suruhanjaya bebas dilantik
Aset & Kepentingan British di PTM terpelihara
Perjanjian pertahanan dgn British
Konsep Raja Berperlembagaan dikekalkan
Kuasa Kerajaan Pusat & Kerajaan Negeri diteruskan

Apabila rombongan Parti Perikatan pulang ke tanahair, mereka diberi sambutan meriah. Di Padang Bandar Hilir, Melaka, Tunku Abdul Rahman telah mengisytiharkan tarikh kemerdekaan di hadapan rapat umum yang besar.