Sunday, January 1, 2012

Dato Abdul Malik Mydin

Dato Abdul Malik Mydin merupakan perenang solo jarak jauh kelahiran Pulau Pinang. Beliau adalah orang pertama dari Malaysia & Asia Tenggara yang berjaya berenang  Merentas Selat Inggeris sejauh 32.8km pada 3 Ogos 2003 dalam masa 17 jam 30 minit 15 saat.
Beberapa hari selepas kejayaan beliau, Kerajaan Pulau Pinang telah bersetuju untuk mengurniakan Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) yang membawa gelaran Datuk, dan kurniaan ini disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri. Beliau ditawarkan juga untuk bekerja bekerja di Majlis Sukan Negeri (MSN), serta menghadiahkan sebuah rumah mengikut lokasi dalam negeri Pulau Pinang yang disukai oleh beliau sebagai tanda penghargaan.