Sunday, January 1, 2012

Dewan Undangan Negeri

Peranan Dewan Undangan Negeri adalah untuk menggubal perundangan dan dasar negeri. Undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) dipanggil Enakmen. Berdasarkan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan,

DUN mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang yang disenaraikan dalam Senarai Negeri dan Senarai Bersama. Peranan DUN yang seterusnya adalah memantau institusi pemerintah iaitu jabatan dan agensi kerajaan negeri.

Ahli-ahli DUN bertanggungjawab untuk mengkritik atau menegur tindakan institusi kerajaan bagi memastikan jabatan atau agensi negeri tersebut melaksanakan fungsinya berdasarkan dasar yang telah ditetapkan. Seterusnya, DUN juga berperanan sebagai pengantara dalam  penyampaian suara rakyat kepada kerajaan.

Sumber