Sunday, January 1, 2012
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) merupakan badan menjalankan pemerintahan dan dasar kerajaan negeri. Fungsinya serupa dengan kabinet. Setiap ahli majlis ini memegang portfolio atau tugas-tugas tersendiri. Ahli majlis dilantik oleh Menteri Besar @ Ketua Menteri.
Contohnya kerajaan Negeri Terengganu mempunyai 10 orang anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu yang dipilih Menteri Besar, mereka ini digelar Exco
Kuasa Eksekutif Negeri dipegang oleh Sultan negeri masing-masing, namun sama seperti kabinet MMKN bertindak menjalankan kuasa Eksekutif Sultan pada peringkat kerajaan Negeri.
Selepas sesuatu Pilihanraya Umum, Sultan akan melantik salah seorang dari Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang telah memenangi Pilihanraya Umum sebagai Menteri Besar untuk mempengerusikan MMKN.
Sumber