Monday, May 21, 2012

Tugu Peringatan J.W.W Birch

Perjanjian Pangkor telah menyebabkan bermulanya pengaruh kuasa British secara langsung di Tanah Melayu. Campur tangan telah berlaku dengan meletakkan sistem baru dalam pentadbiran tempatan iaitu sistem Residen. Residen Pertama di Tanah Melayu telah dilantik iaitu J.W.W Birch,

Akibat dari campur tangannya di dalam hal adat istiadat orang Melayu, dan juga perangai buruknya yang angkuh dan bongkak, Birch akhirnya telah dibunuh oleh Si Putum iaitu orang kuat Dato Maharaja Lela dan Dato Sagor dengan restu Baginda Sultan Perak iaitu Raja Abdullah.