Tuesday, February 12, 2013

Kesatuan Melayu Muda (KMM)

KMM merupakan pertubuhan politik bersifat kebangsaan yang pertama di British Malaya. Kesatuan Melayu Muda (KMM) ditubuhkan pada 1938 di Kuala Lumpur oleh Ibrahim Yaakob. Tokoh menganggotai ialah Dr. Burhanuddin al-Helmi pada tahun 1939 dan Dato’ Onn Ja’afar yang menganggotai KMM April 1942 ,


Pertubuhan ini berhasrat menggulingkan Inggeris di Tanah Melayu dengan keras & menyatukan Tanah Melayu dengan Indonesia di bawah Panji Melayu Raya. Pada 1941 Jepun telah membantu KMM membeli akhbar Melayu di Singapura iaitu Warta Malaya. KMM telah  membantu kemaraan tentera-tentera Jepun sebagai penunjuk jalan dan juru bahasa.

KMM mempunyai hubungan akrab dengan Jepun. Pada Januari 1942, KMM meminta kemerdekaan Tanah Melayu dengan rasminya daripada Jepun. Ini membuatkan KMM sebagai badan politik kebangsaan Tanah Melayu yang pertama yang berbuat demikian. Walaupun begitu,  Jepun tidak mahu memberikan kemerdekaan malah KMM diharamkan 1942.