Sunday, September 15, 2013

Kaedah Pengiraan Undi Pilihan Raya

Pada Jam 5.00pm iaitu apabila Pusat mengundi ditutup. Ketua Tempat Mengundi (KTM) menutup pintu kotak undi seterusnya menyita dengan tali dan strip plastik SPR. Wakil2 calon dari parti bertanding akan dipanggil untuk menyemak sitaan yang telah dibuat dan menandatangani stiker yang telah disediakan sekiranya berpuas hati dgn sitaan tersebut.
Wakil calon untuk pengiraan undi masuk atau wakil calon telah sedia ada dalam Pusat Mengundi menunjukkan watikah perlantikan dan surat sumpah kerahsiaan.

KTM menyusun perabot bagi tujuan pengiraan undi. KTM akan meminta setiap wakil calon untuk memeriksa setiap kotak yang disediakan bagi tujuan penjumlahan undi iaitu kotak parti yang bertanding, kotak undi yang belum dikira, kita undi ragu dan kotak undi tolak dalam keadaan kosong.

KTM akan membuka sitaan yang dibuat di hadapan setiap wakil calon, seterusnya akan menuang kandungan peti undi kedalam kotak undi belum dikira. kerani Pusat mengundi akan membuka satu persatu kertas undi dan melaungkan apa yang ditanda oleh pengundi. Proses ini dilakukan dihadapan setiap wakil parti yang bertanding.

Kertas yang telah dibuka dan dilaungkan akan dimasukkan kedalam peti yang sepatutnya, samada peti parti politik, atau peti undi ragu atau peti undi tolak. Proses ini dilakukan sehingga kesemua kertas undi di dalam kotak undi belum dikira dibuka sepenuhnya.

Kerani Pusat Mengundi akan mengumpulkan kertas undi dalam kiraan 10 helai setiap ikatan. Kemudian keputusan diperolehi. Proses pengiraan undi ini dijelaskan mengikut kepada pengalaman seorang yang terlibat dengan penjumlahan undi pada pilihanraya ke-13 yang lalu.