Singapura telahpun mengitar semula air kumbahan mereka untuk dijadikan
air minuman, ia merupakan proses menghasilkan air baru yang dikenali sebagai NEWater. Apabila mendengar perkataan 'air
kumbahan' mungkin ramai yang berasa jijik, apatah lagi jika untuk
dijadikan sebagai air minuman.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama
Islam Malaysia Kali Ke-53 yang bersidang pada 27 Nov 2002 telah
membincangkan Penggunaan Air Baru (Newater). Muzakarah telah memutuskan
bahawa air baru Newater adalah bersih dan harus digunakan dari sudut
hukum syarak.
Jika air yang terkena najis dirawat dengan dipisahkan najis tersebut
daripadanya, maka air tersebut kembali suci lagi menyucikan. Mengitar
semula air merupakan satu cara yang bijak dan bersih dalam menguruskan
bekalan air.
Singapura telah bergantung kepada sumber air daripada johor buat sekian lama, perkembangan singapura menjadi sebuah negara maju dan moden telah menyebabkan singapura mengambil tindakan menghasilkan sumber air sendiri dengan caranya yang tersendiri. Tindakan singapura ini juga adalah disebabkan oleh faktor strategik keselamatan dan ia tidak boleh bergantung selama-lamanya dengan sumber air dari malaysia.
Air baru (Newater) yang diperkenalkan oleh Singapura dihasilkan menerusi proses pemulihan dan pembersihan ketat bekalan air kumbahan menggunakan teknologi dwimembran.
Terdapat tiga proses utama yang digunakan untuk menghasilkan Newater iaitu Penurasan mikro (Microfiltration), Osmosis Songsang (Reverse Osmosis) dan teknologi Sinaran Ultra-violet Penyahjangkitan (Ultraviolet light disinfection technologies).