- Ditubuhkan Januari 1949.
- Dianggotai para pemimpin pelbagai kaum di Tanah Melayu untuk persefahaman antara kaum.
- Pada Peringkat awal - dianggotai oleh orang Melayu (UMNO) diketuai Dato’ Onn bin Jaafar & kaum Cina (MCA) diketuai Tan Cheng Lock.
- Pada Ogos 1949, CLC telah dianggotai oleh kaum-kaum lain seperti India, Sri lanka, Serani (Ceylon) dan Eropah.
- CLC telah mengadakan beberapa rundingan .
- UMNO mewakili kaum Melayu menuntut Ketuanan Melayu dikekalkan. Hal ini telah ditentang oleh pemimpin-pemimpin kaum lain. Hasilnya beberapa tolak ansur telah dipersetujui, seperti:
- Orang Melayu diberi bantuan ekonomi dan pelajaran
- Sistem pendidikan yang gunakan BM dan BI sebagai bahasa pengantar diwujudkan
- Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) akan diadakan
Gambar: Tan Cheng Lock, wakil kaum Cina MCA