Landasan kereta api yang pertama telah dibina dari Taiping ke Port Weld (Kuala Sepetang) bagi mengangkut bijih timah untuk dieksport. Landasan kereta api sepanjang 13 km telah di buka pada tahun 1885.
Kuala Sepetang merupakan nama asal bagi Port Weld. Kuala Sepetang
merupakan kawasan yang popular dengan makanannya iaitu Mee Udang, Kedai
Makan yang Popular di Kuala Sepetang ini adalah Warung Mee Udang Mak Teh
& Kedai Mee Udang Mak Jah. Lawatan Pengajian Malaysia baru-baru ini telah berkesempatan untuk singgah di Warung Mee Udang Mak Teh. Click Here
Tempat yang berhampiran dengannya ialah Matang, dan Taiping. Taiping terkenal dengan bandar warisan yang dahulunya adalah bekas bandar perlombongan dan pusat pentadbiran negeri Perak.