1.Malaysia tidak seperti negara lain di dunia kerana tidak mengalami Zaman Mesolitik.Apakah bukti yang diperolehi Pusat Arkeologi Malaysia yang membuktikan Malaysia tidak mengalami Zaman Mesolitik
A. Perjumpaan tulisan di gua
B. Penemuan perahu prasejarah
C. Penemuan alat batu Haobinh di Perak
D. Penemuan alat pemujaan
2.Apakah yang menyebabkan Parameswara yakin bahawa perkampungan nelayan yang disinggahinya boleh berkembang maju?
I. Kedudukannya yang berhampiran dengan laut
II. Bekalan air bersih mudah diperoleh
III. Bentuk muka bumi yang berbukit-bukau
IV. Naungan kerajaan China
A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV
3.Salah satu faktor yang menyebabkan kegemilangan Melaka ialah sistem pentadbiran yang diamalkan. Apakah bentuk pemerintahan yang telah diamalkan?
A. Sistem Beraja
B. Sistem Bergilir
C. Sistem Kesultanan
D. Sistem Pembesar Empat Lipatan
4.Bendahara Tun Perak telah diganti oleh Tun Mutahir. Kenapakah pembesar tempatan tidak berpuas hati dengan pentadbiran Tun Mutahir?
A. Tun Mutahir kurang berwibawa
B. Tun Mutahir bersikap pilih kasih
C. Tun Mutahir memonopoli ekonomi
D. Tun Mutahir kurang berpengalaman
5.Kenapakah Portugis berhasrat untuk menguasai Selat Melaka yang berperanan sebagai jalan utama perdagangan?
A. Mengawal ancaman lanun
B. Menjamin keselamatan Melaka
C. Memonopoli perdagangan rempah
D. Menguasai kerajaan di Kepulauan Melayu