Monday, February 6, 2012

Sejarah Melaka

Perkataan Melaka juga mempunyai maksud bahasa Arab & maksud tersebut sememangnya mengambarkan Melaka sebagai Pusat Perdagangan penting ketika itu. Melaka berasal daripada Istilah Bahasa Arab iaitu 'Mulaqah' yang bermaksud "pertemuan" &  'Malakat' yang bererti "perhimpunan segala dagang"

Asal usul nama Melaka sebenarnya mempunyai sejarahnya yang tersendiri yang mempunyai perkaitan dengan peristiwa yang berlaku terhadap pemerintah Melaka iaitu Parameswara sehingga beliau mengambil keputusan untuk membuka Melaka. Click here

Semasa kegemilangan Melaka sebagai pusat perdagangan, barang dagangan yang boleh didapati di Melaka adalah sutera dan porselin dari China, kain dari Gujerat serta Coromandel di India, kapur barus dari Borneo, cendana dari Timor, buah pala dan bunga cengkih dari Molucas, emas dan lada hitam dari Sumatera serta timah dari Tanah Melayu.
Walaupun merupakan negeri yang dianggap pertama mengasaskan Kesultanan Melayu, Melaka kini tidak mempunyai Sultan, sebaliknya negeri ini diketuai oleh seorang Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri.

Sistem mata wang mula diperkenalkan pada zaman (click here) Sultan Muzaffar Shah. Wang emas mula digunakan pada zaman Sultan Muzaffar shah hingga zaman Sultan Ahmad Shah.  Berikut merupakan antara syiling mata wang yang digunakan semasa zaman kesultanan Melayu Melaka.

Mata wang ini dipamerkan di dalam muzium Samudera, iaitu Muzium replika kapal Flor de La Mar (Kapal Portugis) yang dibina pada awal tahun 1990. Fokus utama muzium ini ialah sejarah kelautan Melaka dan zaman kegemilangan Melaka sebagai Emporium Timur.
Zaman kegemilangan kerajaan Melaka adalah semasa zaman pemerintahan Sultan Mansur Shah, Click Here. Baginda merupakan Sultan Melaka yang memerintah dari tahun 1456 hingga tahun 1477, dikatakan mempunyai seorang isteri daripada China yang juga merupakan isteri ke-4 baginda iaitu Puteri Hang Li Po. Kegemilangan kesultanan Melayu Melaka juga sebenarnya banyak disumbangkan oleh tokoh pemimpinnya yang berkaliber iaitu Bendahara Tun Perak. Click here

Hang Tuah, Benar Atau Rekaan? Click Here