Sunday, January 1, 2012

Kronologi Melaka

1400
Parameswara, putera raja dari Palembang, setelah ditumpaskan oleh Majapahit menuju ke Temasik (nama asal Singapura) dan akhirnya membuka negeri Melaka.
1403
Menjalinkan hubungan diplomatik dengan China
1414
Parameswara berkahwin (Puteri Pasai). Baginda memeluk agama Islam menukar nama Sultan Iskandar Shah (1414-1424).
1456
Tun Perak dilantik menjadi Bendahara. Beliau menjadi terkenal kerana pentadbiran yang baik dan bertanggungjawab dalam memajukan Melaka. Berkhidmat di bawah 4 Sultan dan merupakan tulang belakang kepada perkembangan Melaka ke mercu kekuasaannya di Kepulauan Melayu.
1488
Sultan Alauddin diracun mati di Pagoh. Kemudian Sultan Mahmud Shah (1488-1511) menaiki takhta atas jasa Tun Perak dan juga Hang Tuah.
1498
Tun Perak meninggal dunia.
1500
Tun Mutahir, sepupu Tun Perak, dilantik sebagai Bendahara bergelar Bendahara Seri Maharaja dan menjadi bendahara yang paling berkuasa di kalangan para pembesar kesultanan Melaka.
1510
Bendahara Tun Mutahir dan keluarganya dibunuh atas titah Sultan Mahmud Shah kerana beliau enggan menyerahkan anaknya Tun Fatimah. Menyedari kesilapannya, Sultan Mahmud Shah turun takhta untuk sementara waktu dan digantikan oleh anaknya, Sultan Ahmad Shah.

1511
Alfonso De Albuquerque, wizurai Portugis di Goa, tiba di Melaka pada 10 Ogos dan membuat permintaan membina sebuah markas Portugis di Melaka tetapi permintaannya ditolak oleh sultan. Selepas 10 hari mengepung, pihak Portugis berjaya menawan Kota Melaka pada 24 Ogos. Semenjak itu, Portugis memerintah Melaka selama 130 tahun.
1523
Sultan Mahmud Shah menyerang Melaka.
1597
Belanda menyerang Melaka.
1606
Gabungan Belanda dan Johor menyerang kubu pertahanan Portugis di Melaka. bantuan askar Portugis yang tiba dari Goa menyelamatkan Melaka.
1641
Belanda dan orang Melayu Johor sekali lagi menyerang. Portugis kalah. Belanda kemudian memerintah Melaka selama 154 tahun.
1824
Perjanjian Anglo-Belanda atau Perjanjian London meletakkan Melaka di bawah pemerintahan British.
1826
Perjanjian Selat ditandatangani, yang mana Pulau Pinang, Singapura dan juga Melaka di jadikan Negeri-negeri Selat yang berada dalam sistem pentadbiran yang sama.