Friday, April 20, 2012

Lantikan Menteri Besar & Perdana Menteri

Kuasa melantik menteri besar adalah terletak pada tangan Sultan di Setiap negari, bagi negeri yang tiada sultan (Melaka, Pulau Pinang) akan dilantik oleh YDP negari Masing2..


Situasi Perlantikan Menteri Besar adalah sama seperti sistem lantikkan Perdana Menteri, Perdana Menteri akan dilantik dan perlu Melalui Perkenan daripada Yang Dipertuan Agong dahulu,
Tidak ada ketetapan dalam Perlembagaan Malaysia yang mensyaratkan Perdana menteri itu mesti seorang Melayu, tetapi atas faktor Yang Dipertuan Agong itu merupakan seorang Sultan yang berbangsa Melayu, lantikkan Perdana menteri semestinya lebih condong untuk melantik orang Melayu menjadi Perdana Menteri,

Yang DIpertuan Agong boleh sekiranya tidak melantik Perdana Menteri yang tidak 'diperkenan' olehnya kerana Beliau mempunyai kuasa dibawah peruntukan Perkara 40(2)a Perlembagaan Persekutuan 

Dibawah peruntukan perlembagaan  YDPA mempunyai kuasa budi bicara untuk melantik Perdana Menteri. Tetapi baginda dikehendaki mengikut kebiasaaan peraturan demokrasi berparlimen. Perlantikan tersebut hendaklah di kalangan ahli Dewan Rakyat dan merupakan ketua parti yang telah memenangi pilihanraya Parlimen sebelum ini.