Monday, June 18, 2012

Kes Lina Joy (Azlina Jelani)

Isu Murtad yang hangat diperkatakan suatu masa dahulu ialah kes Lina Joy yang berbangsa Melayu.

Beliau berbangsa Melayu keturunan Jawa, berumur 42 tahun. Mengisytiharkan tidak pernah mempraktikkan Islam sejak lahir, beragama Kristian sepenuhnya sejak tahun 1990, pada tahun 2000 menyatakan hasrat berkahwin dengan seorang India Kristian, meminta untuk didaftarkan perkahwinan tersebut untuk mengesahkan perkahwinan beliau.

Permohonan sejak tahun 2000 untuk buang perkatan Islam tetapi tidak dibenarkan JPN disebabkan tiada kebenaran dari Mahkamah Syariah. Mahkamah Syariah mengguna pakai undang-undang Islam yang mengharamkan  seseorang Muslim untuk Murtad, Sijil Tukar Agama seperti yang dikehendaki tidak dapat dikeluarkan JPN.

Beliau telah memberi hujah bahawa dia berhak untuk mempraktikkan kepercayaannya dan dilindungi oleh perlembagaan sebagai hak individu seperti yang terkandung di dalam Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan.