Chin Peng sebenarnya merupakan seorang yang dilahirkan di tingkat atas rumah kedai dua tingkat di Kampong
Koh, Sitiawan Perak dan telah menjadi anggota Parti Komunis Malaya
(PKM) sejak berumur 15 tahun.
Semasa Penubuhan PKM pada 1930, Chin Peng masih lagi belum menerajui kepimpinan PKM di Tanah Melayu, Beliau hanya mengambil alih teraju kepimpinan PKM pada Mei 1947, iaitu setelah setiausaha
agung pertamanya, Lai Te menghilangkan diri.
Chin Peng selepas berundur ke Thailand, pernah cuba untuk pulang Ke Malaysia namun dihalang oleh kerajaan. Peguam Chin Peng, Darshan Singh Khaira mendakwa bekas pemimpin (PKM) itu berhak pulang ke negara ini atas perjanjian yang ditandatangani Kerajaan Malaysia dengan PKM pada 2 Disember 1989 di Haadyai, Thailand. Perjanjian itu menggariskan ahli PKM yang telah meletakkan senjata & berasal dari Malaysia jika berhajat untuk kembali ke Tanah Air, wajar diberi kebenaran.

Malaysia (melalui mahkamah rendah) pada 20 Jun 2008 meletakkan syarat Chin Peng perlu menunjukkan IC untuk membuktikan beliau adalah rakyat Malaysia sekiranya benar-benar ingin pulang ke Malaysia.