Taman Tergantung Babylon (kini Iraq) adalah salah satu di antara Tujuh Keajaiban Dunia Kuno.
Taman Tergantung sebenarnya tidaklah benar-benar “tergantung” seperti terikat dengan tali.
Namanya datang daripada terjemahan kata Yunani kremastos atau kata Latin pensilis, yang bermaksud bukan hanya “tergantung” tetapi “anjung,”
Dibina oleh Raja Nebuchadnezzar II (604-562 BC),
Taman ini diperkirakan hancur sekitar 2 abad sebelum masihi.
Hinggalah kurun ke 20, ahli kaji purba menyatakan kewujudan taman ini adalah benar, namun kesan peninggalannya telah lama pupus dan amat sukar untuk dibuktikan dengan konkrit.
Taman Tergantung Babylon terletak di Al-Hillah sekitar 50 kilometer ke selatan Baghdad, Iraq iaitu yang berada di sebelah tebing timur Sungai Euphrates.
Kewujudan taman ini masih menjadi tanda tanya.
Jika menurut legenda, taman ini dibina oleh Nebuchadnezzar II (604-562 SM) sebagai tanda menghargai isterinya.
Diperkatakan bahawa taman ini adalah salah satu taman terindah di dunia.Taman ini ditanami dengan pelbagai pepohonan indah dan dilengkapi dengan sistem pengairan sehingga ke ketinggian 100 meter di atas permukaan tanah.
Namun demikian, reka bentuk taman ini tidak dapat diceritakan secara terperinci kerana para ahli kaji purba masih gagal menemui sebarang peninggalannya.
Berikut adalah gambaran pelukis tentang keadaan yang berkemungkinan dapat menyerupai Taman Tergantung Babylon yang sebenar.