Monday, October 22, 2012

Komunis

Komunis Diasaskan oleh Karl Marx dan beliau menyebut bahawa agama adalah candu kepada rakyat. Ini telah mengejutkan rakyat Jerman (kemudiannya ditolak rakyat oleh  Jerman), beliau menghujahkan agama dicipta oleh manusia.
Di Tanah Melayu, pengaruh Komunis mula tersebar dengan penubuhan Parti Komunis Malaya (PKM) pada Tahun 1930. Penubuhan ini walaupun cuba untuk menyebarkan pengaruh kepada orang Malayu, kebanyakkan orang Melayu menolak ideologi komunis kerana tidak percayakan ketuhanan dan berunsurkan kekerasan. 

Tokoh yang biasa dikaitkan dengan Komunis adalah Chin Peng yang dianggap sebagai orang bertanggungjawab membawa kesengsaraan kepada Penduduk di Tanah Melayu.

PKM @ Komunis dahulunya bukan pengganas di Tanah Melayu. PKM hanya diharamkan pada tahun 1948. Sebelum itu, PKM adalah sebuah pertubuhan yang sah. Dibuktikan dengan ibu pejabat PKM di Kuala Lumpur yang terbuka & boleh dikunjungi siapa saja. Istilah pengganas komunis sebenarnya hanya muncul selepas tahun 1948, selepas Darurat, atau selepas PKM melancarkan perjuangan bersenjata menentang penjajah British. 

Pengharaman komunis selepas darurat menyebabkan komunis terpaksa kembali ke dalam hutan sama seperti situasi semasa penjajahan Jepun yang menindas kaum Cina. Kekurangan makanan dan ubat-ubatan di dalam hutan telah diatasi dengan licik oleh pihak komunis dengan mewujudkan gerakan rakyat Min Yuen. Kebanyakkan Min Yuen sebenarnya golongan yang diugut dan ditindas.

Negara yang masih memegang ideologi komunis kini adalah Republik Rakyat Cina, Kuba, Korea Utara, Laos, dan Vietnam.