Wednesday, August 1, 2012

Projek Vaksin Hepatitis B di Singapura

Salah Satu projek kerjasama Asean adalah dengan mewujudkan Projek Hepatitis B di Singapura untuk menyelesaikan masalah penyakit hepatitis B yang merebak di seluruh dunia
Hepatitis B merujuk kepada keradangan pada hati. Hepatitis B kronik mampu  membawa kepada barah hati. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyenaraikan hepatitis B sebagai penyebab utama yang kesembilan yang menyebabkan kematian di dunia. Kira-kira 1.3 juta rakyat Malaysia didapati menjadi pembawa kuman virus hepatitis B. Mereka ini kelihatan sihat tetapi mampu secara senyap-senyap menjangkiti orang lain. Pembawa kuman hepatitis B yang kronik mempunyai 200 kali ganda risikonya untuk mendapat kanser hati berbanding dengan mereka yang normal.