Adat melenggang perut kebanyakannya lebih difahami masyarakat Melayu di Selatan Semenanjung manakala di sebelah Utara semenanjung lebih dikenali
dengan panggilan kirim perut. Bila ibu mengandungkan anak sulungnya, dan masa hamilnya sudah mencapai tujuh bulan, bidan dipanggil untuk menjalankan adat berlenggang perut. Direntangkan kain sepanjang tujuh helai, disusun berlapis-lapis dan ibu yang hamil itu disuruh baring berlentang.
Ada yang mempercayai bahawa ibu yang akan beranak sulung perlu melalui ritual ini, Kepercayaan anak itu tidak selamat kalau tidak menjalankan adat itu merupakan khurafat. Sebenarnya lebih baik dan baik buat kenduri kesyukuran dan bacaan doa selamat
supaya dipermudahkan dan selamat sewaktu proses melahirkan anak nanti.