Friday, September 28, 2012

Perubahan & Rombakan kementerian

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).



Pada tahun 1973, Kerajaan Malaysia telah menubuhkan Kementerian Teknologi, Penyelidikan dan Kerajaan Tempatan. Dalam usaha untuk mencerminkan penekanan kerajaan terhadap sains dan teknologi (S&T) dan inovasi, Kementerian ini telah dirombak dan dikenali sebagai Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (MOSTE) pada tahun 1976. Pada tahun 2004, Kementerian ini telah dirombak dan dikenali sebagai Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi 

Selepas Mohd Najib bin Abdul Razak menjadi Perdana Menteri pada 2009, kementerian ini menjadi antara yang dihapuskan. Peranannya dibahagi-bahagikan dan diserap oleh kementerian lain.

Penubuhan Kementerian Pembangunan Usahawan pada 8 Mei 1995 bagi menggantikan Kementerian Perusahaan Awam (KPA) bertujuan untuk memberi tumpuan dan penekanan khusus terhadap pembangunan usahawan Bumiputera untuk mempercepatkan pencapaian matlamat pewujudan sebuah Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB). Penyusunan semula kementerian sebagaimana pada 27 Mac 2004 memperlihatkan Kementerian Pembangunan Usahawan telah diberi nama baru iaitu Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi
MECD - Ministry of Entrepreneur and Cooperative Development