Saturday, October 6, 2012

Hindu, Hukum Karma & Veda

Agama pertama di dunia yang direkodkan iaitu agama Hindu telah dibentuk seawal 3000BC iaitu ketika permulaan tamadun Indus di India. Juga merupakan agama tertua di dunia yang masih bertahan hingga kini. Disebabkan agama Hindu terlampau awal dibentuk, sehingga kini tidak diketahui siapakah sebenarnya pengasas agama Hindu ini.

Hukum Karma adalah sebahagian daripada kepercayaan agama Hindu. Perkataan 'karma' bermakna 'tuhan'. Hukum karma adalah kepercayaan yang baik dibalas baik, yang jahat dibalas jahat,

Hukum Karma berbeza daripada ajaran Islam kerana bagi penganut Hindu, Hukum Karma itu hukum yang berlaku di atas dunia ini. Maka setiap musibah yang menimpa seseorang di dunia ini diyakini adalah balasan kepada kejahatan yang dilakukan. Mengikut fahaman Hindu, musibah adalah hukuman daripada Sang Karma (tuhan) disebabkan seseorang itu melakukan dosa.
 Agama Hindu mempunyai kitab suci mereka sendiri yang dikenali sebagai Kitab Veda. Veda  bermaksud ilmu dalam bahasa Sanskrit, Himpunan Veda dianggap oleh agama Hindu sebagai kitab paling suci.

Rig Veda dianggap tertua dan paling penting bagi kitab-kitab Veda, dikarang antara 1500 SM
Sama Veda mengandungi not-not muzik dan nyanyian pujian di kuil ketika sembahyang dan doa.
Yajur Veda mengandungi rumusan korban atau mantera suci ketika acara korban
Atharva Veda mengandungi peraturan-peraturan pendeta, rumusan-rumusan sihir, kaedah-keadah perubatan, mantera-mantera, kuasa ghaib dan sihir-sihir untuk perlindungan diri