Monday, October 22, 2012

Kota Famosa

Albuquerque pada mulanya bercadang membina kota ini daripada kayu dan batu, tetapi kemudiannya mengarahkan supaya kota ini dibina daripada batu sepenuhnya.

Kota Famosa yang kini hanya tinggal pintu kotanya sahaja di kaki Bukit St. Paul yang lebih dikenali sebagai 'Porta de Santiago'. Kota ini berbentuk hampir 4 segi, mempunyai tembok batu setinggi 3.6 meter setebal 2.4 meter di sekelilingnya.  Terdapat 4 pintu masuk ke Kota ini dan pintu utamanya mengarah ke jambatan jungkit yang merentangi sungai.