Wednesday, August 1, 2012

Majlis Keselamatan PBB

Majlis Keselamatan PBB ialah majlis yang dianggotai sebilangan ahli-ahli PBB dan 5 daripadanya adalah anggota tetap yang memiliki kuasa pembatal (kuasa veto)iaitu Amerika Syarikat, United Kingdom, Perancis, China dan Rusia.

Ia merupakan organisasi PBB yang berfungsi untuk mengekalkan keamanan dan keselamatan di kalangan negara-negara. Majlis Keselamatan mempunyai kuasa untuk mengeluarkan resolusi yang mesti dipatuhi oleh kerajaan negara ahli di bawah Piagam PBB.

Keputusan-keputusan majlis dikenali sebagai Resolusi Majlis Keselamatan PBB. Seorang ahli Majlis Keselamatan mesti sentiasa berada di ibu pejabat PBB di New York supaya Majlis Keselamatan boleh mengadakan mesyuarat pada bila-bila masa.