Monday, November 12, 2012

Majlis Tanah Negara

Majlis Tanah Negara merupakan Majlis diwujudkan mengikut ketetapan perlembagaan Perkara 91

Pengerusi kepada Majlis Tanah Negara mestilah merupakan seorang Menteri. Setiap Negeri perlu untuk menghantar seorang wakil dari setiap Negeri & wakil hendaklah dilantik oleh Raja atau Yang di-Pertua Negeri, dan apa-apa bilangan wakil Kerajaan. Jika Pengerusi @ wakil sesuatu negeri tidak dapat hadir, lantikan wakil untuk menghadiri majlis dibolehkan untuk memastikan mesyuarat dapat berjalan seperti biasa. 

Menjadi kewajipan Majlis Tanah Negara membentuk, berunding dgn Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri &  Majlis Kewangan Negara membentuk dasar memajukan & mengawal penggunaan tanah di seluruh Persekutuan bagi perlombongan, pertanian, perhutanan @ apa-apa maksud lain,

Kerajaan Persekutuan &  Kerajaan Negeri boleh berunding dengan  Majlis Tanah Negara berhubung apa-apa berkaitan penggunaan tanah @ perundangan yang dicadangkan mengenai tanah. Jadi  kewajipan Majlis Tanah Negara untuk menasihati Kerajaan berhubung perkara itu

Undi Pengerusi dalam Majlis Tanah Negara bukanlah undi pemutus, Mesyuarat Majlis Tanah Negara hendaklah diadakan 1 kali sekurang2nya setiap tahun

sumber: http://mrembm.bernama.com/