Tuesday, February 12, 2013

Hukum Hudud

Hukum Hudud ertinya hukum-hukum yang ditetapkan oleh ALLAH dalam Al Quran dan Hadis, kadar hukumannya (seksaannya) ke atas kesalahan-kesalahan jenayah tertentu, yang tidak boleh diubah oleh manusia, menokok atau mengurangkannya. Seperti, hukum potong tangan kepada pencuri, hukuman rejam sampai mati kepada penzina yang sudah pernah berkahwin.

Sebab utama hukum ini diwujudkan adalah untuk mendidik masyarakat Islam. Kebaikkan hukuman hudud boleh dilihat daripada negara Arab Saudi yang melaksanakan hukum ini. Keberkesanannya terbukti apabila kes rogol di Arab Saudi menjadi yang paling rendah di dunia.

Kewujudan hukum hudud telah mewujudkan suasana yang aman dan selamat di Arab Saudi sehinggakan Bank tidak memerlukan Pegawai keselamatan yang membawa sejata untuk membawa duit beratus-ratus ribu.

Pelaksanaan Hukum hudud berbeza dengan perlaksanaan hukuman biasa yang dilaksanakan di Penjara tanpa ditunjukkan kepada orang ramai, Walaupun nampak seperti zalim dengan hukuman seperti potong tangan dan hukum bunuh ia adalah bersifat pencegahan yang sangat berkesan. ketakutan terhadap hukuman dalam hukum hudud menjadi satu pengaruh besar untuk tidak melakukan Jenayah.


Di Arab Saudi keadaannya adalah berlainan. Jika dibayangkan tempat di atas ini yang kelihatan seperti wakaf tempat berehat. Namun ianya sebenarnya merupakan tempat menjalankan hukuman pancung. Ia berada di sebelah masjid. Ia digunakan juga untuk tempat rehat pemandu teksi.

Hukuman pancung selalu dilakukan setiap hari Jumaat setelah selesai solat Jumaat dan sangat cepat dan efektif sekali dengan disaksikan ramai orang yang kebetulan melihat, sengaja mahu melihat. Sebaik sahaja kepala terpenggal, terus lantainya disiram air, dibersihkan dan dalam waktu beberapa minit sahaja