Tuesday, February 12, 2013

Tun Dr. Mahathir bin Mohamad

Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, merupakan perdana menteri Malaysia yang paling lama memerintah iaitu selama 22 tahun. Beliau yang cukup dikenali dengan "Dr. M"  Tun Dr. Mahathir  merupakan Perdana Menteri Malaysia Ke 4 dari 1981-2003, Paling diingati masyarakat antarabangsa ketika membawa Malaysia keluar dari Krisis Kewangan Asia 1997 dimana beliau telah menolak dana bantuan dari IMF

Antara projek-projek berprofil tinggi yang dibangunkan pada zaman pentadbirannya termasuk Jambatan Pulau Pinang, Menara Berkembar Petronas, projek kereta nasional Proton. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Koridor Raya Multimedia(MSC), Pusat Pentadbiran Putrajaya dan Litar Antarabangsa Sepang.