Sunday, February 17, 2013

Menarik Brunei

Brunei sebuah negara yang terletak di borneo bawah Sultan Hassanal Bolkiah, negara yang mempunyai keluasan kecil (2 kali ganda singapura)  kaya dengan hasil minyak, terdapat banyak perkara yang menarik tentang negara Brunei serta kerajaannya yang berbeza dengan negara lain.

Brunei mungkin sebuah negara yang sangat boring bagi kebanyakan orang sebab tidak banyak entertainment di sini.Tak banyak pusat hiburan atau gedung beli belah yang seperti di Kuala Lumpur, malah panggung wayang pun tak ada.

Brunei adalah sebuah negara yang aman dan satu-satunya negara di dunia ini yang membolehkan kita jadi berani berjalan tengah malam tanpa perlu bimbang apa2. Disini tak ada yang miskin. Yang ada hanyalah yang senang dan kaya. Jadi tiada sebab untuk lakukan jenayah. Check this Out

Kerajaan Brunei telah memberikan pendidikan percuma kepada semua rakyat Brunei dari Tadika ke peringkat Universiti demi memastikan lebih ramai pakar2 dari brunei untuk membantu pembangunan ekonomi negara dimasa depan. Anggaran penduduk hanya 400,000 orang.

Brunei Mempunyai Wawasan seperti Malaysia iaitu Wawasan 2035. Dimana wawasan ini adalah impian Brunei untuk mnjadi sebuah negara Terkaya Di dunia berlandaskan ajaran Islam. Brunei Darussalam telah berjaya mencapai kemerdekaan sepenuhnya pada 1 Januari 1984,


  • Sultan Brunei mempunyai 7000 koleksi kereta paling mewah & terbesar di dunia.Click Here
  • Sultan Hasanal Bolkiah yang merupakan sultan kedua terkaya di dunia
  • Kerajaan Brunei merupakan antara 2 negara didunia yang melaksanakan Hukum Hudud
  • Istana Sultan Brunei adalah salah satu Istana yang terbesar di dunia,
  • Brunei, memiliki harga petrol terendah di Asia Tenggara sekitar $0.52 sen seliter
  • Cukai kenderaan di Brunei adalah murah. Sebab itu ramai yang berkereta besar.
  • Mercedes boleh dapat pada harga $50K sahaja!
  • Tiada motorsikal di Brunei kerana semua mampu berkereta
  • Teksi sangat sedikit (dikatakan sekitar 40 buah sahaja)
  • Tiada bangunan tinggi yang boleh mengatasi kubah masjid. 
  • Jam 6.00 petang, kawasan bandar-bandar sudah sunyi.