Majlis Gerakan Negara (Mageran) merupakan badan pentadbiran negara pada zaman darurat berikutan peristiwa 13 Mei 1968. Mageran dipengerusi oleh Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein.
Penubuhan majlis ini bertujuan untuk menangani permasalahan yang timbul ekoran tercetusnya Tragedi 13 Mei 1969.
Insiden 13 Mei 1969 membawa pengisytiharan Darurat oleh DYMM YDP Agong pada 15 Mei 1969 di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.
Pengisytiharan telah memberi kuasa kepada Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang telah ditubuhkan untuk membantu Perdana Menteri Tun Abdul Razak Hussein merangkap Pengarah Gerakan Negara bagi mengukuhkan keselamatan awam, pertahanan negara dan memelihara ketenteraman awam, dalam usaha memulihkan negara kepada keadaan aman dan harmoni.
MAGERAN telah dibubarkan pada tahun 1971.