Thursday, March 1, 2012

Majlis Perundingan Negara

Mesyuarat yang pertama bagi penubuhan Majlis Perundingan Negara telah diadakan di Dewan Negara pada 27-01-1970. Tujuan penubuhan Majlis ini ialah untuk mempelajari dan memahami latarbelakang kebudayaan, sosial, ekonomi dan agama tiap-tiap kaum. Ini adalah satu faktor yang utama untuk mengekalkan keadaan harmoni dan muhibah di negara ini setelah berlakunya peristiwa 13 Mei 1969.