Sunday, June 17, 2012

Bahasa Inggeris & Negara Maju

Bahasa Inggeris sebenarnya tidak menjamin kemajuan sesuatu sesuatu bangsa @ rakyat di sesebuah Negara. Hal ini dapat dibuktikan dengan mengambil contoh yang mudah iaitu melihat kepada senarai Syarikat terbesar dunia.  
Daripada senarai 500 syarikat terbesar dunia yang dikeluarkan oleh  Majalah FORTUNE 1995, Amerika mendahului dengan 151 buah, diikuti Jepun 149 buah. Dan daripada senarai TOP 20 syarikat terbesar dunia,12 buah adalah daripada Jepun, 6 buah dari USA dan 1 Jerman, 1 Belanda.

Daripada 24 buah negara yang termasuk dalam senarai Majalah tersebut, 20 buah menggunakan bahasa sendiri. hanya 4 buah yang menggunakan bahasa bekas penjajah iaitu Brazil, Mexico, Venuzuela & India,  Jika hendak dibandingkan dengan negara India yang menggunakan bahasa penjajah sebagai bahasa rasmi, perkembangan dan kemajuan Jepun adalah sangat lebih baik & sangat menyerlah.  Tindakan Jepun telah melakukan gerakan penterjemahan besar-besaran, dilihat menjadi 1 penyumbang besar kepada kejayaan Jepun. Click Here
Sedangkan India dulu merupakan kawasan tamadun terawal dibuktikan dengan wujudnya tamadun Indus. Bangsa India adalah bangsa pertama di dunia yang mencipta tamadun manusia. ia Juga yang pertama memiliki agama iaitu Agama Hindu.