Monday, June 11, 2012

Sumber Kewangan Kerajaan Persekutuan

Hasil sumber Kewanggan kerajaan pusat dibahagikan Kepada 4 kategori iaitu Hasil Cukai (Cukai Langsung & Cukai Tidak Langsung), Hasil Bukan Cukai, Terimaan Bukan Hasil  dan daripada Hasil Wilayah Persekutuan

Setakat ini hasil cukai pendapatan (syarikat & individu) kekal menjadi penyumbang utama kepada kerajaan pusat dengan jumlah lebih kurang 70 bilion. Cukai ini merupakan cukai yang dibayar melalui agensi kerajaan pusat iaitu LHDN. Cukai ini termasuk dalam kategori Cukai Langsung.

Antara hasil yang termasuk dalam Cukai Tidak Langsung adalah seperti cukai terhadap eksport minyak, kelapa sawit, Cukai tembakau (rokok) Duti Eksais kenderaan, Royalti Petroleum dan pembaharuan Cukai Jalan di JPJ oleh orang ramai.
Hasil Bukan Cukai : pendaftaran, lesen dan permit, bayaran perkhidmatan, sewaan, faedah & pulangan pelaburan, denda dan penalti (Saman Speed Trap & AES) dan sumbangan dan pampasan dari kerajaan asing dan agensi antarabangsa.

Terimaan Bukan Hasil  : semua pulangan balik perbelanjaan, kredit antara jabatan, pulangan balik bagi bayaran berlebihan atau kesilapan dalam tahun fiskal yang lalu, bayaran balik dan sumbangan dari jabatan kerajaan yang lain. Pulangan balik perbelanjaan termasuk daripada Kumpulan Wang Yang Disatukan,

Hasil Wilayah Persekutuan : Hasil cukai dan bukan cukai yang dipungut kerajaan tempatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya & labuan.