Stadthuys (an old Dutch spelling, literally meaning "city house")Bangunan ini dibina pada tahun 1650 sebagai penempatan rasmi Gabenor Belanda dan Timbalan Gabenor, di mana struktur bangunan ini melambangkan seni rekabentuk Belanda yang halus.
Selain bangunan diatas terdapat juga tinggalan lain belanda di atas bukit menghadap muara sungai Kuala Linggi, yang berkongsi sempadan antara Melaka dengan Negeri Sembilan.
iaitu kubu lama ‘Fort Supai’ di Kuala Linggi,
namun tinggalan sejarah Belanda ini tidak dijaga dan dibiarkan rosak kini.
Mengikut catatan muzium, kota itu dibina ketika era perang memuncak antara penjajah Belanda menentang tentera Bugis bermula tahun 1956.
Kedudukan kota bersaiz empat segi itu dilengkapi dengan landasan meriam yang menghadap ke pantai. Kini, terdapat lima meriam yang dikatakan meriam asal di situ, tetapi dicat semula dan disusun mengelilingi kota.
Bangunan terbengkalai itu dipercayai projek chalet mewah tetapi gagal disiapkan dan kini menjadi tumpuan golongan muda melakukan maksiat.