Saturday, July 21, 2012

Melaka Maju 2010

Negeri Melaka diisytiharkan sebagai 'Melaka Maju' pada 20 Oktober 2010 pada jam 20.10 di Stadium Hang Jebat disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia langsung dari Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur.
Isu yang melucukan berkaitan pelancaran Melaka Maju 2010 ini, sebaik sahaja dirasmikan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, tiba-tiba monorel baru Kerajaan Melaka tersebut rosak. Ia terhenti secara tiba-tiba ketika kira-kira 20 orang di dalamnya & terhenti kira-kira 100 meter selepas bertolak dari Stesen Hang Jebat, Taman Rempah. Mereka yang terperangkap diselamatkan dengan menggunakan sky-lift. Agak tidak bernasib baik pada Kerajaan Negeri Melaka kerana tragik seperti ini berlaku pada hari bersejarah Pengisytiharaan Melaka Maju 2010.