Riwayat hidup Hang Tuah banyak diceritakan di dalam Sejarah Melayu (Sulalatus Salatin) dan hikayat Hang Tuah (lebih Detail dan berkenaan Jebat) yang dikarang oleh Tun Sri Lanang sekitar abad ke-15. Menurut rekod sejarah, beliau lahir di Kampong Sungai Duyong
dalam tahun 1444. Bapanya hulubalang istana yang
handal suatu ketika dulu, ibunya keturunan
dayang di istana.
Ada Pendapat berbeza tentang kewujudan Hang Tuah..
Ada yang mengatakan Hang Tuah dianggap sekadar
watak ciptaan. Ceritanya juga dianggap sebagai modal penglipur lara
untuk menghiburkan waktu senggang rakyat sejak dahulukala. Persoalan mengelirukan tentang Hang Tuah, adakah nama Hang memang berasal dari alam Melayu & Kenapa seseorang yang dihukum bunuh masih setia kepada raja.
Dalam perbendaharaan nama Melayu zaman kesultanan Melaka, tiada terdapat nama seumpama Hang Tuah, Hang Kasturi, Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Lekiu, ringkasnya ringkasan yang bermula dengan ‘Hang’. Jadi perkara yang menyebabkan nama Hang ini boleh wujud dalam masyarakat Malayu adalah perkaitan perkahwinan Puteri Hang Li Po dengan Sultan
Mansur Shah. Jadi dengan ini Hang Tuah secara tidak langsung merupakan anak cucu kepada Puteri Hang Li Po.
Dalam sebutan loghat Cina, nama hang Tuah seakan berbunyi seperti Hang Too Ah. Nama Hang Jebat berbunyi Hang Jee Fatt, Hang Lekir pula seperti Hang Lee Ker, Hang Lekiu seperti Hang Lee Kiew. Perkataan Kasturi pula ada berbaurkan loghat bahasa Melayu.
Sejarah Melayu daripada tulisan Tun Seri Lanang, yang dianggap sahih dalam pengisahan Sejarah Melayu, mengatakan Hang Tuah meninggal dan dikebumikan di Tanjung Kling.
Ada Pendapat yang mengatakan “Kubur Hang Tuah yang ada di Tanjung Kling sekarang bukannya kubur Hang
Tuah tetapi milik seorang ulama Islam berasal dari Gujerat, India. Menurut pendapat tersebut Hang Tuah mati di Palembang kerana sakit tua.
Perigi Hang Tuah di Melaka juga diragui kesahihannya. Pendapat
mengatakan bahawa perigi tersebut dinamakan perigi membawa tuah dan
bukan perigi Hang Tuah. Ini disebabkan perigi tersebut digunakan sebagai
air cucian kepada kenderaan berhias yang masuk bertanding dan membawa
tuah serta menang.