Saturday, July 28, 2012

Bom Atom di Hiroshima & Nagasaki

Boeing B-29 Superfortress ialah pesawat yang digunakan bagi menjatuhkan Bom Atom di Hiroshima & Nagasaki. Pesawat ini adalah pesawat pengebom berat & merupakan pesawat pengebom paling canggih pada masanya.


Sehingga kini hanya dua bom atom "little boy" di Hiroshoma dan "fat man" di Nagasaki  sahaja yang digunakan dalam peperangan. Kekuatan Bom "Little Boy" 13 Kiloton TNT (13,000 Ton) Keluasan Radius 1.6 kilometer letusan terbentuk dan 12 km persegi luas kemusnahan bandar Hiroshima. Kekuatan Bom "Fat Man" 21 Kiloton TNT (21,000 Ton) Keluasan Radius 1.9 Kilometer letusan terbentuk dan 6.7 kilometer persegi kemusnahan bandar Nagasaki.

Dari sumber risikan lain, Soviet Union telah berjaya menghasilkan bom paling berkuasa dengan kekuatan 50 Megaton TNT. Bom yang dikenali sebagai "Tsar Bomba" ini telah diuji pada 30hb Oktober 1961, dan didakwa mampu meranapkan kawasan berkeluasan 35 kilometer radius