Saturday, August 4, 2012

Dato Onn

Beliau dilahirkan di Bukit Gambir, Johor Bahru, Dato Onn ialah anak kepada Datuk Jaafar bin Haji Muhammad, Menteri Besar Johor yang pertama. Merupakan pengasas dan Presiden Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO).


Keluar Umno secara rasmi pada 27 Ogos 1951 kerana cadangan untuk membuka keahlian Umno ditentang oleh kebanyakan masyarakat Melayu. Dato’ Onn meninggalkan UMNO kerana merajuk dengan orang Melayu yang menuntut kemerdekaan dan menuduh Dato’ Onn. 

Dari sumber lain, cerita yang berlainan tentang Dato Onn, sebelum beliau mengundurkan diri. Dato’ Onn Jaafar sendiri mengatakan bahawa  'mulut saya dijahit'.

Terdapat beberapa tulisan wartawan akhbar Melayu mengatakan Dato’ Onn dilarang dan diugut oleh Sultan Ibrahim dan kerajaan Inggeris. Sehingga ungkapan Sultan Ibrahim Johor menyindir orang Melayu dikeluarkan “Untuk membuat sebatang jarum pun masih tidak tahu, sudah ingin merdeka pula”.

Inggeris memang mengakui bahawa Dato’ Onn adalah seorang tokoh yang merbahaya dan akan menghalang perancangan dan kepentingan British di Tanah Melayu. Sebenarnya beliau juga sedia maklum usaha kerajaan British untuk menyingkirkan dirinya kerana dianggap terlalu bahaya dan merupakan seorang pemimpin Melayu yang berjaya membuka mata orang Melayu dan menyusahkan Inggeris.
Inggeris juga mencadangkan supaya Dato’ Onn membuka keahlian UMNO kepada bangsa lain jika benar-benar ingin merdeka.Langkah ini mendapat tentangan, dan mereka telah menyelar Dato Onn. Dato’ Onn terasa begitu tertekan dan tidak berpeluang memperjelaskan keadaan sebenar.

Beliau telah memberitahu orang ramai betapa jahatnya perancangan British untuk menjajah Tanah Melayu semula melalui kedudukan sultan Johor tetapi ramai tidak mempercayainya. Beliau telah ditegur beberapa kali oleh sultan  dipercayai termakan hasutan Inggeris supaya memecat Dato’ Onn