Tuesday, September 11, 2012

Sistem Pembesar 4 lipatan & Bendahara Tun Perak

Setelah lebih kurang sepuluh tahun Tun Perak memegang jawatan sebagai bendahara Melaka dibawah Sultan Mahmud. Jawatan Bendahara adalah sama seperti kedudukan Perdana Menteri sekarang yang menjalankan pemerintahan atas nama Yang di-pertuan Agong.  Bendahara Tun Perak telah berkhidmat kepada empat orang sultan Melaka. Pada tahun 1498, Tun Perak telah meninggal dunia dalam usia yang lanjut.

Bendahara Tun Perak merupakan bendahara yang termasyhur antara semua bendahara di Melaka, Kematian beliau merupakan satu kehilangan besar kepada Sultan Baru Iaitu Sultan Mahmud Shah. Click Here.

Sultan Mahmud masih muda semasa memegang jawatan sebagai sultan & pengganti baru Tun Perak iaitu Tun Mutahir telah memburukkan keteguhan Kesultanan Melayu Melaka. Tun Mutahir yang dilantik tidak adil dalam menjalankan tugasnya dan lebih bersifat berat sebelah (kerana asal Tun Mutahir yang berketurunan India Muslim).



Pembesar 4 lipatan
Bendahara Dilantik oleh Sultan dan merupakan jawatan yang diwarisi. Jawatan ini dipegang oleh keluarga Bendahara. Mempunyai bidang tugasnya sebagai Perdana Menteri
Temenggung Adalah seperti Ketua Polis Negara sekarang.
Penghulu Bendahari Menjadi ketua pemegang amanah dan harta kerajaan.Sama seperti Menteri Kewangan pada masa sekarang.
Laksamana Merupakan Ketua angkatan laut.