Wednesday, August 1, 2012

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB

PBB adalah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau Bahasa Inggerisnya United Nations (UN). Ban Ki-moon adalah Setiausaha Agung PBB kini yang berasal dari Korea Selatan. Pertubuhan PBB dianggotai oleh hampir 99.9% negara yang berdaulat di atas muka bumi ini.

Ban Ki-moon
PBB merupakan pertubuhan berkecuali yang biasanya menjadi orang tengah dan rujukan bagi mana-mana negara atau pihak tentang isu-isu antarabangsa. Pentadbiran PBB tidak mempunyai ketua @ presiden seperti lazimnya sesebuah organisasi,tetapi hanya mempunyai setiausaha agung yang menjalankan tugasan PBB.

Dalam PBB terdapat 5 negara yang diberikan kuasa Veto (Pembatal) iaitu Amerika Syarikat, Britain, Perancis, Rusia dan China. PBB juga mempunyai agensi khas yang yang sering bertindak sebagai agensi antarabangsa dalam membantu dan  menyelesaikan masalah 'dunia'. Agensi yang dimaksudkan adalah seperti Mahkamah Keadilan Antarabangsa, UNESCO, dan Majlis Keselamatan PBB,

Mengikut dari sisi pandangan PBB, kuasa Veto adalah perlu bagi mengelakkan sebarang persengketaan antara mana-mana negara yang mengganggotai PBB, negara pemegang kuasa Veto dapat menjadi orang tengah bagi sesuatu rundingan antara negara anggota dan menjamin kredibiliti PBB agar terus dihormati oleh negara ahli yang lain.

Sejak akhir-akhir ini, banyak isu yang timbul tentang penggunaan kuasa Veto di kalangan negara pemegang kuasa ini. Terlalu banyak keraguan tentang cara negara kuasa Veto bertindak di peringkat antarabangsa dalam menangani sesuatu isu. Sebagai contoh, isu kedaulatan Palestin. Amerika Syarikat bertindak secara berat sebelah dengan hanya mengiyakan sahaja tindakan Israel. 

Isu yang paling nyata dan jelas penyalahgunaan kuasa Veto oleh negara-negara kuasa ini ialah pencerobohan Amerika Syarikat ke atas negara Afghanistan dan Iraq serta serangan darat oleh tentera Russia ke atas Georgia.