Monday, September 10, 2012

Pengeluar Getah

Pada 1920-an Tanah Melayu menghasilkan 53% daripada jumlah pengeluaran getah dunia kemudian Tanah Melayu muncul pengeluar getah terbesar dunia. Tanaman getah di Malaysia sebenarnya berasal dari Brazil. Getah di Tanah Melayu dari jenis Hevea Brasiliensis. Pada awal kurun ke-20 harga getah melambung tinggi di pasaran dunia. Permintaan meningkat kerana perkembangan perusahaan motokar di Eropah dan Amerika Syarikat.




Pada tahun 1876 sebanyak 70 000 biji getah dari Brazil dibawa ke England oleh Henry Wickham. kemudian disemai di Kew Garden, England. Sebanyak 300 benih getah dihantar ke negara-negara naungan british terutamanya Sri Lanka. Pada 1877 sebanyak 22 batang anak getah dibawa ke Singapura dan ditanam di Botanical Garden.

Dari Singapura beberapa batang anak getah dibawa ke Kuala Kangsar dan ditanam di halaman kediaman Residen Perak. Pengarah Botanical Garden Singapura iaitu H.N.Ridley yang bertanggungjawab menggalakkan tanaman getah di Tanah Melayu.

Ladang-ladang getah dibuka besar-besaran di Selangor, Perak, Negeri Sembilan dan Johor. Syarikat-syarikat Eropah menguasai perusahaan getah di Tanah Melayu seperti Sime Darby, Guthrie, Harrisons and Crosfield dan United Plantation.

Kelapa sawit juga bukan merupakan tanaman asal di Tanah Melayu walaupun Malaysia terus unggul sebagai pengeluar minyak sawit terbesar dunia. Click Here