Sekolah Wawasan adalah sekolah rendah yang berkonsepkan belajar bersama-sama dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum atau agama. Pentadbiran sekolah adalah di bawah tiga guru besar yang berlainan, pelajar dan guru akan berkongsi kemudahan asas yang sama seperti dewan sekolah, padang permainan dan kantin. Setiap sekolah pula akan mempunyai bangunan sendiri yang boleh disambung antara satu sama lain dengan menggunakan jambatan penghubung.