Confucianisme merupakan fahaman dan bukan agama. Confucianisme tidak dianggap sebagai satu agama yang berunsurkan ketuhanan tetapi merupakan prinsip-prinsip hidup yang baik. Confucianisme dan Taoisme bukannya agama yang berunsurkan kepercayaan ketuhanan tetapi adalah agama kebudayaan yang berkembang daripada falsafah bangsa-bangsa yang menganutinya.
Confucianism merupakan sistem tingkah laku beretika dan tanggungjawab sosial yang berkembang secara beransur-ansur dan telah menjadi sesuatu yang terbaik dalam tradisi pemikiran di timur.
Confucianisme | Taoisme |
---|---|
Confucianisme adalah berkenaan dengan Li seperti ketaatan, penghormatan, tatasusila, kasih sayang, kepatuhan kepada peraturan sosial dan sebagainya. | Dalam ajaran Tao pula mementingkan alam semesta. |
Confucisnisme adalah yang disanjung oleh golongan yang terpelajar dan pegawai-pegawai kerajaan, | manakala Taoisme hanya mendapat sambutan daripada kalangan penduduk di kawasan terpencil |