Saturday, October 6, 2012

Chap Goh Mei

15 hari selepas Tahun Baru Cina, Chap Goh Mei disambut sebagai menandakan berakhirnya perayaan Tahun Baru Cina. Pesta Chap Goh Mei disambut dengan mengadakan upacara sembahyang secara besar-besaran, Chap Goh Mei juga dianggap sebagai malam mencari pasangan di mana para gadis akan berpakaian serba indah dan mengunjungi kuil untuk berdoa agar mendapat pasangan yang secucuk.
Amalan melontar buah limau ke dalam laut atau sungai dengan doa dilakukan untuk mendapat pasangan. Buah limau yang basah membawa pesanan agar mereka mendapat pasangan yang sesuai. Persembahan akan diadakan waktu malam  seperti perarakan tanglung, tarian naga atau singa, opera Cina,


dan mengimbang bendera besar "Chingay".